SELAMAT DATANG KE KOLEKSI RESEPI PILIHAN JUSTLOOKIN
KALAU DAH CUBA TU HANTARLAH KOMEN, MANA TAU BOLEH DINAIKTARAFKAN KUALITI RASANYA.. .SELAMAT MENJAMU SELERA.
#################################################

Resepi Pilihan 1
Sandwich Gempaq(macam-macam rasa)
1 tin sardine kecik ayam brand
3 biji telur yang direbus 3/4 masak
bwg besar dan cili merah dicincang kasar
lettuce dipotong halus, tomato dan timun dihiris nipis
mayonis 2 senduk (ikut citarasa laa)
1/2 ke 1 biji perahan limau nipis(ikut suka nak banyak mana coz nak bg hilang hanyir sardin jer)
6 pasang roti disapu mentega/margerin lembut
sedikit garam dan lada sulah
cara menyediakannya...
mula hancurkan sardine dengan sosnya, selepas tu masukkan dlm kuali (yang tak lekat tau) masak tanpa minyak dlm 3 -5 minit, masukkan bwg besar dan cilimerah dan garam skit, kacau seminit lagi, dah agak kering sos tu, angkat dan sejukkan(dlm 10 minit), pastu masukkan telur yang telah dihancurkan. pas tu masukkan lettuce dan mayonise kacau bagi rata. jangan lupa lada sulah(kalau suka) sedia dihidang.
nak hidang ambil roti letakkan timun ngan tomato hiris, letakkan sardin, letak timun&tomato lagik sekali, letak roti, and bismillah...selamat makan.
itu ajer...selamat mencuba...
Posted at 06:25 pm by justlooking2
Permalink